Tuesday, June 1, 2010

Susun Atur Pusat Sumber

Lokasi Pusat Sumber

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SMK Kuala Nerang

Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah gedung ilmu untuk para guru dan pelajar membuat rujukan. Pada umumnya PSS adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pada asalnya SMK Kuala Nerang hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra.

Pada masa itu, guru perpustakaan adalah Cik Zalina Binti Md Isa. Ketika ini, PSS berkongsi tempat dengan Koperasi sekolah. Buku-buku yang ada pada masa itu sangat sedikit memandangkan tempat yang terhad dan tidak teratur.

Setelah empat tahun berkongsi tempat, pada tahun 2005, SMKKN telah berpindah ke premis tetap dan PSS di bangunan baru ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Guru perpustakaan pada masa itu ialah Puan Siti Mashitoh Binti Mat. Keluasan PSS adalah 14 bay dan di dalamnya juga terdapat Bilik Tayangan, Bilik Penyelaras, Bilik Rujukan dan Bilik Perbincangan. 6 bay diperuntukkan untuk ruang bacaan dan ruang sirkulasi. Bahan buku dan bukan buku juga bertambah dan direkodkan dengan menggunakan sistem pengautomasian.

Mulai tahun 2007, seorang Guru Perpustakaan dan Media Encik Che Noranuwi Bin Hamid dari SMK Naka telah ditempatkan di SMK Kuala Nerang. Pada tahun ini juga PSS dibekalkan peralatan yang lengkap untuk dijadikan Pusat Akses Fasa 2. Pusat Akses ditempatkan di Bilik Perbincangan dengan keluasan 2 bay sesuai dengan muatan sebanyak 10 buah komputer yang lengkap dan sebuah pencetak. Serentak dengan itu juga, juruteknik komputer ditugaskan di Pusat Akses iaitu Cik Eewan a/p Eloi. Beban tugas di PSS dapat diringankan lagi dengan adanya pembantu pusat sumber iaitu Puan Shakina Binti Ismail.

Pada tahun 2009, Guru Perpustakaan dan Media yang baru telah dilantik bagi menggantikan Encik Che Noranuwi Bin Hamid yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Puan Ruhill Fathein Binti Mohammad. Usaha-usaha diteruskan untuk melengkapkan lagi pusat sumber ini dengan pembelian buku dan juga sumbangan daripada pelbagai pihak.

Dengan adanya pusat sumber ini, para pelajar dapat membina dan meneroka maklumat baru untuk dimanfaatkan dalam pembelajaran. Adalah diharapkan semaga PSS SMKKN menjadi medium dan wadah bagi membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan minat membaca dalam kalangan pelajar serta guru.



~